Garis masa Rose_Chan

  • 1925: Dilahirkan di Soochow; nama asalnya Chan Wai Chang.
  • c. 1931 (umur 6): Dibawa dari Soochow ke Kuala Lumpur oleh ibu angkatnya.
  • 1937 (umur 12): Bersekolah selama lapan bulan, dan selepas itu, bekerja di kedai yang membuat butang daripada kulit kelapa.
  • c. 1938 (umur ~13): Bekerja di kedai yang membuat kelambu.
  • 1941 (umur 16): Berkahwin dengan seorang kontraktor pelabuhan berbangsa Cina di Singapura sebagai isteri yang keempat.
  • 1942 (umur 17): Menjadi seorang penari kabaret di "Happy World", Singapura selepas ditolak oleh suaminya.
  • 1949 (umur 24): Menjadi naib johan dalam "Pertandingan Kaum Wanita Penarian Ballroom" di Singapura.
  • 1950 (umur 25): Menjadi naib johan dalam "Peraduan Ratu Cantik Singapura".
  • 1951 (umur 26): Mengendalikan pertunjukan sendiri, dan mengadakan persembahan di seluruh Malaya.
  • 1952 (umur 27): Titik-tolak riwayat hidupnya bemula apabila beliau digelar "Ratu Penari Bogel".
  • 1954 (umur 29): Mempersembahkan gusti ular sawa dan babak sarkas dalam pertunjukannya.
  • Julai 1957 (umur 32): Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan suami kedua, Mohamed Nazier Kahar, seorang berbangsa Indonesia; menukarkan nama ke Rosminah binti Abdullah.
  • 1960 (umur 35): Bercerai dengan suami kedua, Mohamed Nazier Kahar.
  • [tidak pasti]: Berkahwin dengan suami ketiga, Chong Yew Meng.
  • [tidak pasti]: Berkahwin dengan suami keempat (nama dan tarikh perkahwinan tidak dapat dipastikan).
  • 1967 (umur 42): Diharamkan daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur, selepas polis menyerbu pertunjukannya di BB Park.
  • 1970 (umur 45): Ditangkap oleh polis di Perth pada September kerana mempersembahkan pertunjukan lucah di tempat umum, tetapi kemudian dibebaskan; didakwa semula di Perth kerana melacurkan diri disebuah kedai urut, dan didenda A$60.
  • 1970an: Menerima banyak aduan daripada orang ramai tentang pertunjukannya.
  • 1973 (umur 48): Membuat laporan rasuah kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas salah seorang pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada Julai; pihak berkuasa membatalkan lesen pertunjukannya pada tahun yang sama.
  • 1976 (umur 51): Bersara selepas pertunjukan yang terakhir di Kuala Lumpur.
  • 1976-1979 (umur 51-54): Menguruskan sebuah pancaragam muzik, sebuah restoran, dan memberi rawatan urut di Seremban, kesemuanya gagal; ditawarkan sebanyak RM3 juta oleh sebuah syarikat penerbitan Amerika Syarikat untuk autobiografinya, akan tetapi penawaran itu tidak dapat ditunaikan apabila Chan meminta USD$3 juta sebagai syarat.
  • c. 1980 (umur 55): Disahkan menghidap penyakit barah payudara, dan dijangkakan hanya tinggal 18 bulan untuk hidup.
  • 1980an: Membuka Galant, sebuah pusat hentian hiburan, di Jalan Transfer dengan bekas pengurus, Lee Kai Hong.
  • 1987 (umur 62):
    • April: Terlantar di katil Hospital Kuala Lumpur kerana keadaan kesihatannya yang amat kritikal.
    • Mei 20-24: Golden Maid Lounge di Jalan Burmah mengendalikan pertunjukan amal selama 5 malam untuk mengumpul derma bagi kos rawatan Chan. Irene, anak perempuan Chan, juga membuat persembahan. Pelanggan dikenakan RM10 seorang untuk salah satu daripada dua pertunjukan setiap hari.
    • Mei 26: Menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Butterworth, Pulau Pinang.